Jenama Gloria Jean’s Coffees telah mula bertapak di Malaysia pada tahun 1999. Sejak dari itu, kafe ini diperkenalkan dengan imej dalaman kedai yang berwarna coklat gelap.
Kini Gloria Jean’s Coffees (GJC) dalam proses transformasi kafe secara berperingkat bagi memastikan 38 rakan niaga francais mereka berada dalam posisi terbaik untuk melancarkan penampilan dan imej baru ini. WLSB memiliki empat (4) kafe korporat dan selebihnya adalah milik francaisi mereka.
Cawangan GJC di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang merupakan cawangan ke-44 dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.
GJC telah melahirkan lebih dari 40 rakan francais menerusi pembukaan cawangan-cawangannya di seluruh negara dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) telah menyediakan pembiayaan kepada usahawan GJC dengan jumlah pinjaman keseluruhan melebihi RM11 juta. WLSB merupakan anak syarikat PNS dan juga pemegang francais induk bagi jenama GJC.
GJC di SUK Selangor merupakan cawangan ke-3 milik francaisi, YBhg. Dato’ Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin. Untuk tahun 2021, GJC telah mensasarkan tambahan sebanyak 16 cawangan baharu. GJC telah pun memiliki sebanyak enam (6) cawangan di Selangor.
Selain itu, sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, GJC turut melancarkan menu baharu bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.
Comments
Post a Comment